Wednesday, May 23, 2012

Sepagi bersama si kecikk.

Okay..mak aku kena gi Melaka for 'THE ROK-ASEAN CONFERENCE ON HOME CARE FOR OLDER HOMES'. Mula-mula aku dengar, What?? The Rock is cooking punya conference?? Tak lahh.. haha. Merepek je. So, mak aku akan gone for a few days. Dan aku yang kena amik alih menjadi Mem Besar kat umah ni. Huahahaa. Kalau ade bibik bole la jdi Mem Besar.haihhh -__-" Segala kerja rumah including mencuci, memasak, kemas rumah, hantar dan amik adik gi skolah mnjadi tugas aku. 

Setelah sekian lama aku tak bersengkang mata seawal pukul 7am. err,, actually pukul 7am tu aku cuma celik kejap je. Lepas kejut si kecik ni gi mandi, aku pejam balik. Pukul 7.30  baru aku celik yang sebenarnya celik..itupun selepas si kecik ni kejut lepas dy siap mandi. Kalau dy tak kejut, tak bangun la aku jawabnye..haha. Awal lagi sebenarnya, tapi aku saja bia dia siap awal lepas tu bagi dy tgok katon jap. Dy tgok katon, aku sambung terbongkang lagi depan tv.

Her eyes @_@

Agak-agak waktu dah time, baru aku terkedek-kedek dengan si kecik tu. Aku jadi macam Tourist guide + Kaunter pertanyaaan. Si penunjuk arah dan jawab segala pertanyaan yang ditujukan. Huhh. Kalau masuk akal, mampu lagi aku jawab. Tapi apabila otaknya mula berfikir macam di luar dari tin biskut, aku yang jenoh pikir nak jawab apa. Tetapi pagi tu dy lebih kepada membebel. Alhamdulillah..aku cuma perlu mengIyakan aje. Sebab kebiasaannya aku banyak menipu bila ditanya soalan.heee *sebab aku memang tak tahu jawapannya lah!

Balik pun aku amek dy jugak. Kesian si kecik tu terpaksa berpanas terik. Motor ada. Kereta pun ada. Cuma lesen dan keberanian yang tak ada.haha. Fobia aku terhadap kenderaan ni melampau-lampau. Susah nak hilang. Dekat Melaka ade jugak berjinak-jinak bawak skuter skuad aku tuh.. Itupun sebab saat tengah genting. Behind the stories orang tertentu je yang tawu.hihi. Lepas bawak je sejuk satu badan. Macam nak sujud syukur pun ade jugak. Sumpah kelakar! XD Tapi, itu skuter.. Pulas je terus gerak. Kalau yang berGear, mahu berpeluh ketiak jugaklah.

p/s: bila dah kawin nanti aku tknak anak reramai okeyhh.

arisha sudah membebel .Suka ? Like lerr ..

Sunday, May 20, 2012

Holiday masa sendiri :P


Peeps!

Event: Menyibuk meeting persatuan OKU mak aku
Venue: Chalet Sportfishing, Teluk Bahang

Okay the story begins..

Malam tu konon berazam nak tido awal sebab esok kena bangun awal. Tapi dek kerana skype tak hingat dunia..almost 4am jugak la baru aku tido.hihi. Itupun jenoh mintak excuse nak tido, macam nak bagi excuse kat cikgu je sebab nak gi toilet -___-" Bila 'siren' berbunyi, mata yang berat memandang ini ku gagahkan juga untuk buka seluasnya.haha.

Siap-siap. Pong-Pang-Pong-Pang

 Vroommmmmm!


Nasi kandaq! It suppose to be my own private moment! Paparazi sangatt.
Penyokong Malaysia terhebat. Like father like daughter.
Akibat kejelesan tak ade jersey tu. -___-" Nak jugak
Tido pakai shades. Wahhh kau. Retiss sgt!
Mission: Bawak si Busuk gi mandi
Eh, jangan salah faham. Dah mandi, pakai kn baju lahh









Mari kita menCangkul!
Lepas gian, mase kecik-kecik dulu tak penah main :P
Kau pikir nak buat kuih ke??
















It done! '143 my future husband' :)
BerOmbak Rindu lah sangattt -__-"
Ready for BBQ. Starving like hell!
Arghh.. Haus haus!
















Itu jaa, hee~ 

Ekceli berat hati nak tinggal Penang.. Ermm..Taknak balik Melaka lagi! :'( 

p/s: So much things had happen along this holiday. Huhh.. Tired of everything.. 

arisha sudah membebel .Suka ? Like lerr ..

Sunday, May 13, 2012

Tak cakap pun takley sambut -.-"

Peeps!

Lepas latest post aku yang Mothers Day? Perlu ke ? tu..hee..bersyukur sangat tak kena hentam dengan sesape.. Ekceli, bila aku cakap tak perlu tu aku tak maksud kan tak bole sambut. Sambut je laa,cume jangan la appreciate diorang on that day je. Ngerti ngakk?? Plus, nak ckp kt korang tak sweet tak apa. Asalkan it came straight from your heart.
Okay,,sekarang..excuse me. Aku pun nak wish jugak nieh.haha

SELAMAT HARI IBU MAMA ♥♥♥ 

Thanks for being with me whenever i need. Sorry for being Nakal sometimes.ngee~

p/s: Perlu ke bagitawu satu dunia yang kau sayang mak kau? PERLU LAH! and this post really came from a daughter's heart ^^,

arisha sudah membebel .Suka ? Like lerr ..

Tuesday, May 8, 2012

Mothers Day? Perlu ke??

Peeps !

Nampak title? Statement macam anak buluh betung kan?haha. Tolong sikit..aku ada mak taw and i come from her.hee..

Dulu, keluar artikel yang mgatakan Valentines Day tu haram sebab sempena mnyambut seorang paderi yang nama dia Valentine jugak. Sekarang keluar artikel yang mgatakan Mothers Day pun diharamkan. Bila aku baca je title tu, aku hangin jugak.

WTH?? Semuanya korang nak haramkan. Dah tu apa yang halal?? But dear readers, dont judge a book by its cover okay. Baca dulu baru nilai. Bila aku dah baca, aku faham.
Tetiba aku terfikir, bagi aku Hari Memperingati Kekasih , Hari Ibu, Hari Bapa ni tak perlu diadakan atau wujud sama sekali.

Yup. TAK PERLU. Tawu kenapa? Sebab benda ni semua hanya buat korang sayang dan ingat korang punya pasangan, ibu dan bapa on that day je. Nak layan diorang elok-elok, hargai diorang, bagi hadiah, buat surprise.. 


Hari tu je?? Hari lain korang tak ingat kat diorang dah. Korang tengok orang lain belikan macam-macam untuk diorang punye ibu, korang pun belikan jugak. Lepas tu bgtwu satu dunia. Konon nak tunjuk la korang sayang kat mak korang.. Tolonglah. Fake sangat. Tak salah nak buat macam tu, tapi, hari-hari lain korang ingat ke kat diorang?? Setahun sekali je nak tunjuk rasa sayang?? Taknak pulak beli kan diorang apa-apa pada hari lain. Nampak tak flow dy skrg ni..?


Readers,,kalau korang nak ingat dan hargai your beloved ones tak perlu pada hari tertentu. Setiap hari korang bole ingat dan hargai diorang tawu tak. Yang penting everything yang korang buat untuk your beloved ones harus betul-betul datang dari hati. Korang ikhlas nak layan diorang elok-elok, hargai diorang dan bahagiakan diorang..

*One simple thing bole jadi special gila bila benda yang korang nak buat tu betul-betul datang dari hati korang. Get it?

arisha sudah membebel .Suka ? Like lerr ..

Tuesday, May 1, 2012

Weirdo Monday.

Peeps !

Pagi2 lagi aku dah bangun. Pelikkan? How came si pemalas ni bole bangun seawal 9pagi, pada hari cuti pulak tu. Impossibley ...haha. Bangun awal sebab nak g klinik lah. Sakit gigi ni dah melampau-lampau. Bagai meronta-ronta minta penampar je. huh.. Di klinik, badan dah seram sejuk.. Bayangan doktor memegang jarum di jari mula menghantui.. Sesampainya di kaunter, belum sempat aku bertanya apa-apa, si misi dah memulakan perbicaraan..

Misi: Adik, klinik ttup. untuk budak-budak check gigi pada hari Selasa.
Aku: ???
Misi: Masih belajar kan?
Aku: Iye, masih belajar.
Misi: Sekolah form berapa ni?
Aku: Err, saya belajar kat Uitm. (dengan bangga la kononnye)
Misi: Lahh,, yeke.. Ingatkan sekolah lagi tadi. Hahaha.
Aku: . . . . . . . .  -.-"

Terus balik..dalam hati.. 'Dia ingat aku budak-budak??' Persoalan yang sama asyik menerjah ke benakku.

Mak aku bawak aku ke Al-Jabbar untuk buat treatment. Aku tak tawu nak panggil treatment apa. Easy-word untuk aku, diorang main letrik-letrik ni. Sejuta kali mak aku terang, sejuta kali itu jugak lah aku tak faham. Mak aku cakap elok untuk kesihatan. Nak je aku tanya kat mak aku, 'Buat benda ni bole jadi budak besar tak?' Tetapi keberanian itu tiada..takut makan penampar sebab loyar-buruk.hihi .Takkan tengok saja, join la jugak. Feeling macam one of the geng X-men pulak bila main letrik-letrik nih. Kejap-kejap terasa jugak macam kena short.haha

---------- Pong-Pang. Pong-Pang ----------

Petang tu aku bawak adik aku mandi swimming pool. Dah berapa tahun aku tak mandi kt pool ni. Macam jauh sangatlah kan. Satu level dengan umah aku je kot. Apalah.. Aku ajar adik aku yang 6 tahun  tu berenang.

Aku: Yeay ! Dina dah pandai berenang !
Dina: Yeaayyyy !
Aku: Sape ajar?
Dina: Abah.
Aku: Hah ?! haihh. Maksud akak sekarang lah.
Dina: Kak ica lah yang ajar.
Aku: Dah tu, cakap ape??
Dina: Terima kasih kak ica. Terima kasih kerana mengajar Dina berenang.
Aku: Hahahahaha.

That small girl are awesome. Aku tanya sikit, dia jawab penuh.haha. Hal ini membuktikan kejayaan guru bahasa Malaysia nya.

p/s: baru timbang berat. aku rasa mesin tu dah tipu aku. result dia macam mintak di-luku berkali-kali je.



arisha sudah membebel .Suka ? Like lerr ..