Monday, November 18, 2013

3rd annual Senior year


Peeps! Miss me?


Today makcik nak share moment annualcamp makcik yang berVenue di UiTM Bukit Besi, Terengganu. 
Seram gila bak hang masa nak gerak gi sana, pejam celik dah sampai. Kecut perut bukan kepalang. Syukur takda salam perkenalan, hihi. Bermula pada 21 Oktober until 12 November. Terbahagi kepada 3 fasa; Fasa Ulangkaji, Fasa Ujian Validasi dan Fasa Medan.

Dalam bas, qenyeh konon padahal jantung dok kencang.

 Melepak lagi saat ini. Pagi pertama di bumi ganu. Parade pertama. Tulang masih kuat, mental masih tebal.


Latihan Menembak di UiTM Dungun. Haebakk gila U diorang ada lapang sasar walaupun cenonet, but still kau hado?? Gambar diatas terhasil akibat kebosanan tahap antarabangsa yang tidak dapat dibendung lagi. Kiri kanan numpang bahu bajet mcm kusi Ogawa, empuk katanye ye ye aje kau nihh -_-"

Memori Log Relay. Amazing. Impressed with my own development :)
Kalah dengan penalty. Damn stupid penalty, sampai 30 minit kena sabo, jadahnya. Aishh, makcik tak bole bila sembang pasal log relay ni, panas semacam. Jantung pisang hadiahnya, tak lawak tak lawak...



Latihan Perapungan dan Perairan. Reben merah memasing, ish ish ish..kalau jatuh sekor sekor entah mana satu nak selamatkan dulu.

Moment yang paling ditunggu, OUTING~! Berlagak nak main boling sampai 2 game, 1 game pun tak sempat nak habiskan. Hampeh..paling lawak bila makcik strike disaat akhir, disaat tiada siapa yg pandang, finally makcik terlompat kegirangan keseorangan. Budak2 tu tinggai makcik sensorang, tak baik betul korg nih


Pantang diberi takeFive. istilah yang paling menipu sekali, takeFifteen patutnya. Haha. Selain bedengkur dalam bilik kuliah, ni la keje kami. Tapi taktik ni cuma bertahan beberapa minit je. Camera off, kiteorg pun sambung beradu. zzZZZ~






Praktikal pertahanan. Fenat gila syiotttt.. Jauh mak bapak kau. Kosong without bagpack pun gua dah pancit, bayangkan dengan bagpack with complete fsmo?? Makin terbantut tumbesaran makcik. Ketot forever, dah tak dapat nak tolong dah.








Ujian Kawad. Benda paling makcik menci sebab sunburn :/ sangat tidak gemar suka atau cintai. Huh... Stap cakap aku punya hukuman kawad sound really JAWA. So, i tried harder not to sounds JAWA when i command, the result? Aku berjaya bagi hukuman dengan betul tetapi hasilnya langkah ku sumbang. HAHA Tunggang terbalik kaki sebab kepala otak dok set "buang jawa kau! buang jawa kau!" Aishhh, sabor je lah. And finally, hitamlah aku sehitamnya lagak dayang senandung punya cucu. Terima kasih kepada matahari terik atas kepala.



 Nak masuk Fasa Medan dah! Wuhuuu~! Seronok mengaca orang tido. Budak2 ni asek nak berdengkur je, macam penat menyusu anak malam tadi. Tak paham betul makcik. Makcik bangun pukul 6 pagi tu, excited nak masuk medan kononnyer..padahal sakit perut bukan kepalang. Perghhh..semalam pnya nasi minyak sgt terbaik tapi itu lah akibat yg terpaksa dibayar. 2hari makcik sakit perut, asek nak tercirit je. Kalau kt U senang sikit cari jamban, ini nak masuk medan, jenoh cari port baik utk melabur. Syukur makcik tak tercirit masa dlm medan.

Aksi Sarjan Kulai terlampau -__-"
Teringin nak tido dalam kubu gpmg ni tapi tak penah dapat pegang IC or Crew :(








And finally yang dibawah ni gambar tanpa description, taktaw nak describe apa. Sometimes the good things stay without description but still it stay as the best moment for every one of us. I used to regret of choosing this but now sincerely I admit I wont forget all the good things I had throughout 3 years I spent with them. Although our number keep decreasing and now it stay at 43, with all the fight we had and all the laugh we shared, I am so glad because I still have them until now. They are my family when I'm far from my own mother and sister, my strength to stay strong. The one that still be with me after seeing all my crazy and idiot part, accepting without feeling annoying, joining without let me stay insane by my own alone. And now after thousands steps that we had take, we are just a step behind as officer wannabe ^__^ 
 Genggamlah tanganku, kita hampir ke situ.


arisha sudah membebel .Suka ? Like lerr ..

Sunday, October 13, 2013

Sweet twenty Final Destination.

Olla everybodiee~

Well, baru ja habis my fifth final exam..yeahh..pejam buntang pejam buntang aku dah nak masuk final sem dah.. Walaweyy, makin tua jugak rupanya. But im still so excited, tak sabar nak grab my diploma and flew awayy. Flew ke mana? Entah laa, maybe sambung degree or maybe terus kerja. Semua orang asyik tanya nak buat apa lepas belajar,  huh,,,stress makcik dibuatnya -..-

Yelaa, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Mana tau TUP TUP terus kahwin ke.. WOAHH~! Kerlass kau jah.. *pikir ada yang hingin kat kau??!*  

No wayy, mak aku takkan izinkan.. Alasannya sebab dia nak puas merasa gaji anak2nya dulu, lepastu jalanlah kau. Hehee.. Makcik pun belum puas jadi remaja lagi ni, almaklumlah, baru je masuk sweet twenty, atotoo~comey la kunun. Banyak lagi benda yang makcik belum teroka jelajah dan geledah, so nak buat semak-semak dulu..insyAllah, bila sampai masa jodoh jenoh menyeru, terngiang alunan kompang bertalu-talu, haa mula lah SELAMAT ding ding ding~ Hee! Gatai! PTPTN pun belum start bayar, dah ngada berangan mak jenin nak kahwin. *burok benor perangai hang!* 

Tapi setiap impian dan kejayaan itu semuanya bermula dari angan-angan taw, so dont worry folks, just keep on dreaming. Just never leave the reality behind :)

21 Oktober until 12 November i wont be around sebab nak berhempas-pulas tertungging-terbalik berbakti kepada negara untuk annual camp aku yang terakhir di UiTM Dungun. Yeaayyy! :D Actually aku ni masih dalam proses in setting mind that everything will be just fine. *perasaan takut seram sejuk kecut perut kembang tekak sakit perut bercampur baur* But since ini adalah our final last so kita enjoy habisan! 

Walaupun berperasaan macam heroin movie Final Destination tuh mak aiii~ -.- Tapi heroin still survive kan till the end?? Dont worry, keep on possessing diri positive thinking! positive thinking!  

WohH! Dah lewat, leka bebel sampai lupa nengok jam. Almaklum laa, dah lama betul makcik tak guling-guling kat blog ni kannn..penoh bersawang. Takpa, makcik dah usir spiderman dan spiderwoman yang sesuka hati bina setinggan kat blog makcik ni. Thats all for now, bubyee chuolls. Macam awal lagi, tapi makcik gedik nak wish jugak, Selamat Hari Raya Aidil Adha sumerr :*


p/s: planning nak pakai jacket kpop mcm kt atas tu pagi raya nnti, baru RARE. Sebenarnya makcik lupa bawak balik baju kurung -.- semuanya tinggal kat melaka. adehh  


arisha sudah membebel .Suka ? Like lerr ..

Wednesday, September 4, 2013

Long time no see mehh?

peeps!
 ʃ(˘▽ƪ) ƪ(˘▽ʃ) ʃ(˘▽ƪ)
Woaahh~ very mery long time no see meh?
Tadi tetiba sebut pasal blog, rindu pulak nak membebel kat sini
Well, start with stalker previous entry aku dulu
Banyak yang aku dah lalui.
Full with happiness and tears. HAHA
Banyak jugak lawaknya.
But macam ada few entry yang sikit awkward dbaca,
So, must start deleting a few of them.
Well, not everything will goes a we planned right?
So my life.
Ada jugak yang tnya bila nak update lagi?haha
Thanks readers :*
Kalau ada interesting happen in my life, surely aku akan share lagi
Doa doa je la from now on my life will be interesting as before
Then aku ada something to shared :)
P/s: even things happen wrongly, never stop planning




arisha sudah membebel .Suka ? Like lerr ..

Thursday, July 5, 2012

Pernah dengar helmet melayang?

Peeps!

Fuhh~lama betul tak update. Nak story ni...

Semalam petang, mcm biasa lah ..bila ada kelapangan. Kiteorang aku dengan si sengal sera akan pt. Bajet nak mantap la kunun nyerrr..hihi. Dek kerana kemalasan yang melampau melanda, "Harini kita pt basikal jah" haha. Jelajah satu uitm sambil cuci mata tengok junior koko. Alooo, tomey2..

Tak bole kelamaan, malam ade kelas. Tetibe pulak ade, nak layout lagi.. Mandi, makan, terus naik fakulti. TERKEJUT BERUK aku! haha. Ini bukan orang pertama yang datang kelas, tapi orang pertama yang datang fakulti. Sape pun tak ade. Mana tak nye, jam menunjukkan 2000. Nampakkan semangat nak kelas nih. Tetibe lec sampai..classmate terchenta tak datang lagi. Bercengkerama la sekejap dgn lec di bawah bulan purnama. hihi

Lepas kelas.. Haaaa, the real story begins.. Disebabkan oleh kebosanan tahap cipan yang melanda diantara aku dan si sengal sera. Masing-masing merenung meter minyak motor..PENUH. hehe. Si sengal sera kesejukan, so aku lah take over tenggiling biru tuh. HAHAHA.*ketawa bapak devil gila

Sekali lagi, kami jelajah satu uitm..Bak kata orang, jauh perjalanan luas pandangan. Tiba-tiba, "Nak try kat jalan besar?" HAHAHA *lagi sekali punya ketawa devil

Terus meluru kuar uitm. Jalan menuju Masjid Tanah. Nak u-turn depan masjid. Perlahankan kenderaan, nak bagi signal. Tiba-tiba, TETT! "Hoii! kau tekan hon kenapa?" kena marah -__-" Gelaplah, aku pakai tekan je lah.hihi. Nak belok tu, ade sebuah lori dengan laju nya meluru, aku pulak bole teragak-agak nk jalan.. Vrommmm! Alhamdullilah..selamat melintas.hihi. Si sengal sera dah kelemasan seram naik moto dengan aku.

Kegelojohan aku meningkat secara mendadak. Merancang untuk ke Kelemak pulak.. haha. Sepanjang jalan ke Kelemak kosong, so, "Jalan ini bapak aku yang punya.HAHA"

Pulas punya pulas, tiba-tiba..Helmet aku tertanggal.. HAHAHA. Nasib baik tak terkena kepala si sengal sera tuh..hihi. Jauh jugak tertinggal helmet tu kat belakang.. Sumpah malu tak terkata. Teruk juga keadaan helmet aku. Helmet je eksiden, nasib baik tuan dy selamat lagi..hihi. Dah jadi mcm tu, ade hati lagi nak teruskan perjalanan pulak tu.haha.

#Lesson for the day: Ikat lah tali topi keledar anda. Ingatlah orang yang tersayang, sebelum helmet anda melayang. Peace :)
arisha sudah membebel .Suka ? Like lerr ..

Monday, June 11, 2012

Cuba teka aku bangun pukul bpe pagi ni?

Peeps!

First day for my 3rd sem at Uitm Lendu. There story begins..
Jadual aku lebih kurang je dgn sem lepas. Class 8.30am straight. Gila~ Selasa je tak ade class 8.30am. Malam tadi punya la propa update status Fb says nak bangun awal la bagai.. *Azam sem baru katanyaa.. Cube la teka aku bangun pukul bpe pagi tadi....
Jeng jeng jeng~
Pukul 8.15am. BHAHAHAHA.

Aku rase mcm dah kunci jam, but unfortunately i am not! Dek kerana kecuaian aku tu, tepat pukul 8.15am Si sengal Sera melolong bagai cik kunti kat pintu bilik aku, "Astaghfirullah.. Kulaiiiiii...!! Bangun..!!Dah lapan suku.." Haaa, begitulah.. Terduduk aku.. Terus capai towel, meluru ke toilet. Memandangkan darurat, err,,paham2 la kan.. Eh2, tetiba air tak ada pulak.. HAHA. Nasib baik baju dah gosok malam tdi. Fuhhh~

By 8.30am aku siap. Perghh Cik Kulai pecah rekod.. Bersiap dlm masa 15min. Godek2 kotak kasut, cri yang ssuai. Mimpi apa ntah mlm tadi, ade ke ptot aku gi pilih killer heels utk ke kelas. Bukan tk pernah pkai sblum ni..pernah je. Dah la tgah bermarathon dgn masa, takkan nk berlari naik ke kelas dgn heels kot. Pada mulanya aku tekad. Hentam jahh. Helmet dh sarung, tggal tggu skuter je nk gerak. Tiba-tiba, Sera, "Kad matrik bawak?" Erkk,, part one ehh? HAHA. Lepas gaduh jap pasal kad matrik, aku naik jugak amik kat bilik. Merasa lah berlari naik tgga dgn heels bongok tuhh.. Sempat tuka flats. Tak snggup lah berlari pkai heels..

Err, kind of :P

Sampai kat fakulti, sepanjang perlarian ke kelas, macam biasalah.. Cuci mata. haha. Maaf. May cause jealousy. Dah jadi hobby. :P Sambil berlari sempat gado dgn Sera lgi, that cute guy part one atau lec. hihi. Aku suruh Sera slow down, "Ramai org ni. Buat relax je, jgn buat mcm kita dah lambat." HAHA.

Sampai2 kelas...fuhhh~ Lec belum masuk lagi. Aku tak tawu lah, dah bnyak kali aku dtg lewat but aku jarang sekali get busted. I am glad to be this lucky. Tapi itu bukan bermaksud aku bole selalu lewat, sepandai2 tupai melompat yee...

1st class is BEL, not bad looking guy.. Young and single. Haha. Tapi gelabah gila.. But fun! ^^,

Sekarang get prepared for UKA part one, aku kena lari skali pulak.. Support adik2 lari. Aku takut budak2 tu yang support aku, "Come on akak..akak boleh..sikit je lagi.." Fine, tak lawak.

p/s: Please kindly check your personal alarm before sleep. TQ. Btw, thanks to Sera for being the best alarm. Big claps for her.. hehe
arisha sudah membebel .Suka ? Like lerr ..