Tuesday, May 1, 2012

Weirdo Monday.

Peeps !

Pagi2 lagi aku dah bangun. Pelikkan? How came si pemalas ni bole bangun seawal 9pagi, pada hari cuti pulak tu. Impossibley ...haha. Bangun awal sebab nak g klinik lah. Sakit gigi ni dah melampau-lampau. Bagai meronta-ronta minta penampar je. huh.. Di klinik, badan dah seram sejuk.. Bayangan doktor memegang jarum di jari mula menghantui.. Sesampainya di kaunter, belum sempat aku bertanya apa-apa, si misi dah memulakan perbicaraan..

Misi: Adik, klinik ttup. untuk budak-budak check gigi pada hari Selasa.
Aku: ???
Misi: Masih belajar kan?
Aku: Iye, masih belajar.
Misi: Sekolah form berapa ni?
Aku: Err, saya belajar kat Uitm. (dengan bangga la kononnye)
Misi: Lahh,, yeke.. Ingatkan sekolah lagi tadi. Hahaha.
Aku: . . . . . . . .  -.-"

Terus balik..dalam hati.. 'Dia ingat aku budak-budak??' Persoalan yang sama asyik menerjah ke benakku.

Mak aku bawak aku ke Al-Jabbar untuk buat treatment. Aku tak tawu nak panggil treatment apa. Easy-word untuk aku, diorang main letrik-letrik ni. Sejuta kali mak aku terang, sejuta kali itu jugak lah aku tak faham. Mak aku cakap elok untuk kesihatan. Nak je aku tanya kat mak aku, 'Buat benda ni bole jadi budak besar tak?' Tetapi keberanian itu tiada..takut makan penampar sebab loyar-buruk.hihi .Takkan tengok saja, join la jugak. Feeling macam one of the geng X-men pulak bila main letrik-letrik nih. Kejap-kejap terasa jugak macam kena short.haha

---------- Pong-Pang. Pong-Pang ----------

Petang tu aku bawak adik aku mandi swimming pool. Dah berapa tahun aku tak mandi kt pool ni. Macam jauh sangatlah kan. Satu level dengan umah aku je kot. Apalah.. Aku ajar adik aku yang 6 tahun  tu berenang.

Aku: Yeay ! Dina dah pandai berenang !
Dina: Yeaayyyy !
Aku: Sape ajar?
Dina: Abah.
Aku: Hah ?! haihh. Maksud akak sekarang lah.
Dina: Kak ica lah yang ajar.
Aku: Dah tu, cakap ape??
Dina: Terima kasih kak ica. Terima kasih kerana mengajar Dina berenang.
Aku: Hahahahaha.

That small girl are awesome. Aku tanya sikit, dia jawab penuh.haha. Hal ini membuktikan kejayaan guru bahasa Malaysia nya.

p/s: baru timbang berat. aku rasa mesin tu dah tipu aku. result dia macam mintak di-luku berkali-kali je.



arisha sudah membebel .Suka ? Like lerr ..