Pernah dengar helmet melayang?

Peeps!

Fuhh~lama betul tak update. Nak story ni...

Semalam petang, mcm biasa lah ..bila ada kelapangan. Kiteorang aku dengan si sengal sera akan pt. Bajet nak mantap la kunun nyerrr..hihi. Dek kerana kemalasan yang melampau melanda, "Harini kita pt basikal jah" haha. Jelajah satu uitm sambil cuci mata tengok junior koko. Alooo, tomey2..

Tak bole kelamaan, malam ade kelas. Tetibe pulak ade, nak layout lagi.. Mandi, makan, terus naik fakulti. TERKEJUT BERUK aku! haha. Ini bukan orang pertama yang datang kelas, tapi orang pertama yang datang fakulti. Sape pun tak ade. Mana tak nye, jam menunjukkan 2000. Nampakkan semangat nak kelas nih. Tetibe lec sampai..classmate terchenta tak datang lagi. Bercengkerama la sekejap dgn lec di bawah bulan purnama. hihi

Lepas kelas.. Haaaa, the real story begins.. Disebabkan oleh kebosanan tahap cipan yang melanda diantara aku dan si sengal sera. Masing-masing merenung meter minyak motor..PENUH. hehe. Si sengal sera kesejukan, so aku lah take over tenggiling biru tuh. HAHAHA.*ketawa bapak devil gila

Sekali lagi, kami jelajah satu uitm..Bak kata orang, jauh perjalanan luas pandangan. Tiba-tiba, "Nak try kat jalan besar?" HAHAHA *lagi sekali punya ketawa devil

Terus meluru kuar uitm. Jalan menuju Masjid Tanah. Nak u-turn depan masjid. Perlahankan kenderaan, nak bagi signal. Tiba-tiba, TETT! "Hoii! kau tekan hon kenapa?" kena marah -__-" Gelaplah, aku pakai tekan je lah.hihi. Nak belok tu, ade sebuah lori dengan laju nya meluru, aku pulak bole teragak-agak nk jalan.. Vrommmm! Alhamdullilah..selamat melintas.hihi. Si sengal sera dah kelemasan seram naik moto dengan aku.

Kegelojohan aku meningkat secara mendadak. Merancang untuk ke Kelemak pulak.. haha. Sepanjang jalan ke Kelemak kosong, so, "Jalan ini bapak aku yang punya.HAHA"

Pulas punya pulas, tiba-tiba..Helmet aku tertanggal.. HAHAHA. Nasib baik tak terkena kepala si sengal sera tuh..hihi. Jauh jugak tertinggal helmet tu kat belakang.. Sumpah malu tak terkata. Teruk juga keadaan helmet aku. Helmet je eksiden, nasib baik tuan dy selamat lagi..hihi. Dah jadi mcm tu, ade hati lagi nak teruskan perjalanan pulak tu.haha.

#Lesson for the day: Ikat lah tali topi keledar anda. Ingatlah orang yang tersayang, sebelum helmet anda melayang. Peace :)

Comments

Popular Posts